Pesta Makanan Tradisional
Menjelang
tarikh 6 November 2019 telah berlangsungnya satu program yang telah dinanti-nantikan
oleh mahasiswa serta staf Universiti Putra Malaysia (UPM) khususnya mereka yang
dibawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) iaitu Pesta Makanan
Tradisional Melayu 2019 bertempat di Laman Warisan, Muzium Warisan Melayu FBMK,
UPM. Pihak luar juga turut hadir seperti
pelajar dari SK Sri Serdang, Selangor dan para pelajar dari Asrama Kasih,
Yayasan Basmi Kemiskinan bagi memeriahkan lagi pesta ini sebagai tanda menyokong keunggulan
penonjolan warisan tradisional melalui pesta yang diadakan. Pesta ini juga turut dihadiri oleh yang berbahagia Prof Dr Zulkifli Idrus Timbalan Naib Canselor
Penyelidikan dan Inovasi dan beberapa orang tetamu jemputan yang lain.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa pesta ini berlangsung
seperti demonstrasi masakan bersama chef jemputan dan deklamasi sajak serta persembahan
tradisional. Selain itu, bagi
memeriahkan lagi pesta ini terdapat
pelbagai pertandingan turut dipertandingkan seperti pertandingan mewarna, chef
cilik, kolaj, teka dan rasa,ukir buah, kembara resepi serta Pertandingan Musang
Berjanggut. Seawal jam 7.00 pagi lagi,
para pihak yang terlibat dengan gerai jualan di Laman Warisan, Muzium Warisan
Melayu bertungkus lumus menyiapkan gerai masing-masing serta menyediakan bahan
masakan bagi menyediakan makanan tradisional untuk tujuan jualan bersama nilai
penonjolan warisan budaya berdasarkan jualan berasaskan makanan tradisional.
Keramaian pesta ini telah disajikan dengan Persembahan Kebudayaan dari pelajar
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu persembahan drama yang bertajuk
‘Serunding Nasi Pulut’ dan ‘Bihun Goreng Berkuah Laksa’ yang memaparkan
persembahan yang penuh dengan nilai murni dan pengajaran yang boleh menjadi
tauladan. Seterusnya, para pengunjung
turut dipersembahkan dengan persembahan pantun tentang makanan tradisional
mengikut negeri-negeri yang berbeza juga daripada pelajar-pelajar fakulti ini.
Comments
Post a Comment