Pengalaman menguruskan program.

Hai assalamualaikum semua💓Semoga semua pembaca sentiasa sihat selalu.


Entri untuk kali ini, adalah untuk saya ceritakan pengalaman saya  terlibat dalam pengurusan majlis kolej. 'Merit'? Pasti semua pernah mendengarnya terutama pelajar universiti. Merit adalah sangat penting  untuk seorang pelajar kolej bagi memastikan mereka menetap di kolej untuk tahun seterusnya.  Pelajar tahun satu terutamanya  mula berlumba-lumba untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum kolej mahupun universiti. Begitu juga dengan diri ini.

Jadi bermulalah pengalaman baru melibatkan diri dalam jawatankuasa majlis kolej. 

Sebagai seorang pelajar STPM, sudah pastinya mempunyai pengalaman dalam menguruskan majlis,tetapi ianya berbeza apabila berada di universiti. Tanggungjawab yang lebih besar dan skop tugas yang lebih besar dan harus lebih berdikari kerana pada waktu ini tiada lagi guru yang akan membimbing sepertimana sewaktu zaman persekolahan. 

Penglibatan dalam jawatankuasa ini sedikit sebanyak telah memberikan pengalaman yang baru kepada saya iaitu ilmu dalam pengurusan majlis. Dalam majlis ini, saya dipertanggungjawabkan untuk mengururuskan hal berkaitan dengan persembahan. Menjadi seorang jawatakuasa  persembahan memerlukan seseorang yang berkemahiran dalam komunikasi dan sangat bertentangan dengan perwatakan saya. Namun, kerana tanggungjawab yang diamanahkan, saya harus mengatasi kelemahan  saya. Melalui penglibatan ini telah membolehkan lebih bergaul dengan orang ramai, dan bekerjasama dengan pasukan. Sudah pastinya, pasti ada masalah dan kesulitan dalam menguruskan sebuah majlis namun pasti ada cara untuk mengatasinya. 

Pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Jadi, sebagai seorang mahasiswa jangan sesekali melepaskan peluang melibatkan diri dalam mana-mana ativiti kolej mahupun universiti kerana ia merupakan platform yang terbaik kepada kita untuk mengasah sifat kepimpinan diri.
Akhir kata, selamat maju jaya semua!😉









Comments

Popular Posts