Minggu perkasa putra di UPM

Assalamualaikum, dan selamat datang untuk entri yang pertama ini  ๐Ÿ’–

 Tanggal 1 september merupakan permulaanku sebagai seorang mahasiswa UPM  .  Dan sudah pastinya kemasukan tahun pertama pasti tidak akan lari dengan minggu orientasi. Pasti gerun jika dengar tentang orientasi bukan? Khabarnya terdapat universiti mengamalkan tradisi 'ragging'. Hakikatnya, minggu orientasi hanyalah minggu suai kenal untuk kemasukan pelajar baru supaya mereka mengenali tempat 'baru' yang akan mereka diami sepanjang  pengajian mereka. Begitulah dengan universiti tempat pengajianku di Universiti Putra Malaysia. Di UPM, minggu orientasi kolej dikenali dengan minggu perkasa putra.

Minggu pertama adalah minggu yang paling sukar untuk pelajar baharu, kerana terdapat segelintir pelajar  yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga mereka. Namun begitu, minggu orientasi bersama kolej dan universiti amat menyeronokkan dan waktu kami dipenuhi dengan aktiviti menarik jadi telah sedikit sebanyak mengurangkan perasaan sedih meninggalkan keluarga tersayang. pelbagai aktiviti menarik telah kami lakukan antaranya, ialah senamrobik dan aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini telah membolehkan kami mula mengenali antara satu sama lain yang masing masingnya dari negeri yang pelbagai. Tambahan pula, kami juga turut dibawa oleh senior kolej 'campus tour' untuk memperkenalkan kepada kami lokasi-lokasi di UPM ini. Hal ini telah memudahkan para pelajar untuk mengetahui lokasi kelas mereka dan tempat-tempat seperti lokasi kuliah,library,kedai buku,pejabat pos dan sebagainya di dalam UPM.

Seterusnya, untuk pelajar tahun pertama, tidak mungkin akan terlepas daripada taklimat- taklimat mengenai universiti dan kolej. Pihak kolej dan universiti telah memberikan taklimat selengkapnya kepada para pelajar supaya memudahkan urusan seharian mereka daripada penggunaan bas sehingga lah kemudahan kemudahan yang disediakan kepada para pelajar.Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan pihak kauseling, penggunaan perpustakaan, taklimat peraturan kolej dan pelbagai lagi. Taklimat yang diberikan ini juga telah membolehkan pelajar pelajar baharu mula membiasakan diri dengan persekitaran baru mereka.  Pada akhir minggu orientasi, untuk penutupan kami dikehendaki untuk menyertai program universiti iaitu menanam pokok bagi setiap  seorang pelajar sebagai simbol bermulanya pengembaraan kami menempuh cabaran  sebagai sang penimba ilmu di menara gading tersohor ini.

Sekian,itu sahaja entri untuk kali ini. Semoga berjumpa di nukilan yang lain.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š





 Sesi pendaftaran hari pertama 





Comments

Popular Posts