Pengalaman menjadi seorang petani.

Seumur hidupku tidak pernah sesekali merasai pengalaman sebagai seorang petani, dan keberadaanku di UPM ini telah membuka mata akan sesuatu yang baru UPM atau lebih dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia pada awalnya merupakan merupakan sebuah universiti pertanian yang terkemuka sangat kaya dengan hasil tani dan produk-produk berkaitan dengan pertanian. Begitulah, aku disini, mengambil peluang yang ada turut sama merasai pengalaman baru dan melihat keindahan UPM yang kaya dengan hasil tani yang pelbagai.

Penglibatan aku dalam kokurikulum Pembangunan Kesukarelawanan telah membuka ruang kepada aku merasai pengalaman sebagai seorang petani.  Daripada semudah-mudah kerja hingga ke yang paling sukar aku mencubanya. Sungguh, kini aku tahu bagaimana sukarnya pekerjaan sebagai seorang petani yang sering dipandan rendah itu. Sedangkan itulah antara pekerjaan yang mulia di dunia ini.

Aktiviti kesukarelawanan kami bermula di Ladang sayur dan kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan. Kumpulan aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bahagian habuk kayu yang digunakan untuk penanaman cendawan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja di situ turut meerangkan kepada kami cara mereka gunakan habuk kayu ini utnuk menghasilkan cendawan.  Sungguh, in merupakan ilmu baru yang belum pernah aku ketahui. 
Cendawan tiram yang dihasilkan 

Seterusnya, kami juga turut berpeluang untuk melakukan pembajaan di kawasan tersebut.  Untuk pengetahuan semua, mereka hanya menggunakan baja yang organik yang juga dihasilkan oleh piha UPM itu sendiri.  Pada waktu itu, kami diberi peluang untuk mebaja pokok jagung dengan baja asli tahi kambing. Mendengar sahaja tahi pasti ramai yang geli. Namun, itulah pengalaman, pengalaman dengan alam semulajadi.  Sudah pasti ramai lagi yang masih belum pernah merasainya.  Sekian itu sahaja entri untuk kali ini. Semoga bertemu di waktu yang lain💓


                                                 Ahli Kelab Pembangunan Kesukarelawanan 

Comments

Popular Posts