Keringat tiada Noktah.

Tanggal 22 disember merupakan tarikh berlangsungnya simulasi penjanaan bagi kumpulan pembangunan kesukarelawanan Universiti Putra Malaysia. Kami telah melangsungkan pertandingan Bayblade burst di bawah pusat kokorikulum UPM untuk memperoleh penjanaan wang bagi menampung perbelanjaan kami untuk program wakeup Combodia yang telah saya ceritakan untuk entri yang lepas.

Program bermula seawal 8.30 pagi dan kelihatan peserta-peserta sudah mulai hadir dengan membawa perkakas-perkakas mereka untuk bertanding bersama-sama dengan iringan penjaga mereka.

Pertandingan bayblade yang telah dianjurkan oleh pihak kami ini telah membuka peluang kepada jiwa muda yang mempunyai minat yang mendalam terhadap permainan ini untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam 

Bayblade ini sendiri sebenarnya banyak memberikan impak positif kepada jiwa muda kerana membolehkan mereka mempunyai hobi yang boleh mengisi masa lapang mereka. Perkara ini dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang kurang membawa faedah. Tambahan pula program seperti ini telah membuka peluang anak-anak kecil ini untuk menambah kenalan mereka. Hal ini membolehkan mereka lebih terbuka dan meramah dengan sekeliling mereka.

Pertandingan berlangsung 

Penjaga yang turut sama hadir memberi sokongan 

              

               Sesi fotografi bersama pemenang


Comments

Popular Posts