Keringat berbalas

Alhamdulillah, segala yang kami korbankan kini membuahkan hasil. Dengan niat untuk membantu, Allah sering sahaja iringi bantuan dan rezeki yang melimpah ruah. Pada minggu  yang lepas, di bawah kokorikulum pembangunan Kesukarelawanan telah mengadakan CSR iaitu Corporate Society Responsibility untuk menjana sumber pendapatan bagi badan kokurikulum kami. Dengan itu, kami telah pergi ke Desa Putra di daerah Klang lebih kurang perjalan 30 minit dari Universiti kami untuk melaksanakan program tersebut. Ahli yang terlibat ialah lebih kurang seramai 20 orang.

Matlamat progrmam ini diadakan adalah untuk meraih sumbangan bagi program kami yang akan dijalankan di Cambodia untuk semester yang depan. Sumbangan yang telah diraih adalah bukan atas dasar ihsan atau simpati tetapi kami perlu bekerja untuk mendapatkannya. Oleh itu, kami telah meraih sumbangan dengan cara kami membersihkan kawasan sekitar rumah penduduk di Desa tersebut.

Alhamdulillah, berkat kerja keras kami sekumpulan kami dapat memperoleh banyak sumbangan dari segi barang keperluan seperti biskut, minyak, gula dan jugadari segi wang ringgit untuk menampung perbelanjaan kami ke sana. Sungguh, ia amat memenatkan, namun dengan hasil yang diperoleh, kami bersyukur dan banggan dengan kerjasama antara kami dalam berusaha mendapatkannya.

Ahli yang terlibat 


                                                             Aktiviti pembersihan

Comments

Popular Posts