Jejak pertama ke Maeps Serdang

Pagi yang dingin bayu lembut menghembus menerpa wajah. Seawal pagi selepas subuh, aku sudah mengorak langkah melihat keindahan bumi UPM bersama teman-teman. Pagi itu sunyi,kurang kelibat manusia terlihat mungkin kerana masih awal pagi,namun kami tetap bersemangat untuk melihat sendiri keindahan laman Universiti Putra Malaysia  ini.

Pagi itu perjalanan bermula daripada kolej penginapan kami ke Bukit Ekspo. Di sana, pemandangan nya sangat menarik dengan kehijauan pepohon yang rendang menghiasi sepanjang jalan. Sungguh tenang.  Kami juga sempat menyinggah kolam ikan di  sana. Boleh dikatakan penternakan ikan di situ amat meberangsangkan dan merupakan pencapaian yang harus dibanggakan. Seterusnya, kami  meneruskan  perjalanan ke  MAEPS Serdang melalui jalan pintas yang mendekatkan lagi jarak destinasi kami itu walaupun jalannya itu agak mencabar.

Maeps serdang? Apa yang digambarkan jika sebut pasal tempat ini?
Pada awalnya kami tidak mengetahui, setiap hari Sabtu setiap minggu, MAEPS Serdang ini akan  beroperasi membuka bazaar kepada penduduk di Daerah Kembangan untuk menjual  hasil titik peluh mereka untuk meraih pendapatan.

Disana, pelbagai jenis juadah dan kuih dan muih dapat diperolehi. Antaranya ialah nasi lemak beraneka lauk, dan kuih muih tradisonal seperti putu piring,putu perak dan bermacam lagi yang sukaruntuk kita peroleh. Tempat ini adalah sangat sesuai untuk keluarga yang ingin meluangkan masa bersama sambil menjamah juadah yang enak.Bukan sahaja juadah makanan yang dihidangkan, bazaar ini juga turut memasarkan  hasil-hasil tani petani, bahkan juga hasil tani daripada UPM itu sendiri. Dan kerana itu,MAEPS Serdang ini amat bersesuaian degna ibu-ibu yang ingin mecari barang dapur yang sega daripada ladang.


Adalah satu kerugian, jika mereka yang tinggal di berhampiran UPM untuk tidak cuba  datang ke sini. Yang pasti semua juadah enak-enak belaka.

Sekian  itu sahaja nukilan saya pada kali ini, semoga berjumpa di lain waktu :-)






juadah yang menarik di MAEPS Serdang 


Comments

Popular Posts