Hibuk sang penuntut
Pejam celik, pejam celik sudah hampir ke penghujung semester tahun pertama saya sebagai seorang graduan di Universiti Putra Malaysia. Perjalanan yang sukar namun harus jua ditempuhi kerna itu lah lumrah sebagai sebagai seorang penuntu ilmu.
Di penghujung semester ini, tekanan itu perkara biasa bagi seseorang yang bernama graduan di mana pada tarikh seperti ini merupakan due date bagi pelajar menghantar kerja kursus yang sekian lama tergendala dek kekangan waktu. Sungguh memenatkan dan tertekan dan terkadang tidak cukup tidur itu sudah menjadi kebiasaan untuk seorang pelajar. Tambahan pula, ingin melayan kerenah-kerenah rakan sekumpulan yang bermacam ragam sugguh memeningkan. Namun, berkat kesabaran dan usaha yang tidak putus untuk menjalankan amanah yang telah diberikan oleh pensyarah, ku gagahi diri ini. Sekelumit rungutan menerpa di hati ini, namun inilah hakikat realiti kehidupan dalam menghadapi bermacam-ragam manusia yang memberi pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk kita suatu hari nanti.
Sebagai mahasiswa yang cemerlang, haruslah seseorang itu pandai membahagikan masa dengan sebaiknya, adalah bukan mudah untuk seorang pelajar itu perlu menyeimbangkan segala aspek dalam kehidupan seharian, di mana ada waktunya perlu diluangkan untuk belajar, berehat, dan juga melibatkan diri dalam aktiviti anjuran kolej dan merit.
Tambahan pula, kehidupan sebagai seorang graduan adalah berbeza dengan sewaktu kita di sekolah. Di peringkat universiti ini, segala kemudahan boleh digunakan dengan bebas berbeza sewaktu di perigkat persekolahan. Sebagai contoh, telefon bimbit. Telefon bimbit sangat mempengaruhi pelajar -pelajar terutama terhadap permainan game online, dan merupakan alat komunikasi utama pada masa kini. Kewujudan gajet ini sememangnya memudahkan para pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka namun ianya juga memberi kesan yang mendalam juga apabila pelajar pelajar kebanyakan masa dihabiskan untuk menghadap telefon bimbit. Ada baik, juga ada buruknya.
Justeru itu, manfaat sebaiknya segala kemudahan yang sudah kita miliki dan jangan sesekali menyalahgunakannya. :-)
Comments
Post a Comment