Titian langkah sang Penulis.
Aku benar-benar beruntung. Beruntung kerana berada di pusat gedung ilmu yang dijulang ini. Mungkin ini sudah takdir yang menentukan pertemuan aku dan dia. Dia yang menjadikan aku seorang yang baru. Seorang yang berilmu. Sudah dua pernama berlalu, dan aku menjadi penuntut ilmu yang setia. Saban hari, ilmu terisi dalam diri ini menjadikanku lebih baik dari hari-hari yang sebelumya.
Semakin aku berada di sini, semakin banyak ilmu baru yang baru aku perolehi. Dan disini jugalah, bermulanya pengalaman baru ku menjadi sorang penulis walaupun hanya sekadar kerja kursus namun ia nya memberiku sebuah pengalaman yang baru. Kerana dia, aku berpeluang untuk keluar dari kepompong yang sudah sekian lama aku terkurung, dan kerananya aku dapat mengenali diriku yang sebenar.
Sepanjang tempoh satu semester ini tugasan yang diberikan adalah untuk menghasilkan cerpen, sajak dan juga blog dimana aku tidak pernah sesekali cuba untuk menghasilkannya. Kerana dia, aku dapat mencungkil bakat yang ada, menyerlahkan bakat yang sekian tependam. Alhamdulillah Kerana dia aku menjadi seorang yang baru, yang berilmu.
Dalam kuliahnya, bukan sahaja ilmu duniawi yang diterapkan dalam diri anak didiknya, bahkan ilmu agama turut jua diterapkan. Ada sahaja nasihat yang ingin dia sampaikan kepada anak didiknya. Tidak pernah lekang dalam dirinya, semangat yang tertanam jiwa sastera dalam dirinya. Cintanya terhadap sastera yang tidak pernah luput dalam jiwa seorang wanita yang berjaya ini. Pengalaman demi pengalaman yang diceritakan menjadi pedoman buat anak didiknya yang masih jauh perjalanannya dalam menuntut ilmu dalam mengahdapi selok belok kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Terima kasih untuk insan yang bergelar guru.
Comments
Post a Comment