Ada angin ada pohonnya

Berada di bumi UPM  telah banyak mengajarku sesuatu yang baru. Sesuatu yang tidak pernah aku terbayang akan aku lakukan seumur hidupku. Mungkin kerana takdir yang  telah tertulis menjadikan aku setia disini terus menuntut ilmu baru yang mengajar aku erti kehidupan. Entri kali ini,ingin aku ceritakan tentang pengalaman pertama aku sebagai seorang sukarelawan. Alhamdulillah. Sejak bangku sekolah lagi, aku ingin sekali melibatkan diri dalam aktviti kesukarelawanan seperti ini.  Sejak dahulu, aku amat menyanjungi mereka-mereka yang rela berkorban demi membantu orang yang memerlukan bantuan. Heliza Helmi dan insan -insan lain  yang berhati muliatelah menjadi pendorongku sehingga kini.

Kini mungkin sudah tiba masanya aku, sendiri membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kemboja? Ya itulah tempatnya. Tempat di mana bermulanya pengalaman baru ku. InsyaAllah, dengan berkat doa dan harapan, semseter depan merupakan terikh keramat kami wakil daripada pihak UPM di bawah Kelab pembangunan kesukarelawanan akan pergi ke sana meneruskan misi bantuan kami di sana. Hati ini, teruja abapila memikirkan tentang hal ini. Buat pertama kalinya, aku keluar melihat dunia luar dan memerhati keindahan dunia milik sang Pencipta ini dalam masa yang sama berbakti kepada mereka yang memerlukan. 

Kata fasilitator kumpulan kami, kebajikan seperti ini sudah sememangnya memenatkan manakan tidak berada di rantauan yang serba kekurangan tetapi semua ini dapat membersihkan hati seorang yang bernama seorang muslim. Kerana kita sudah sering hidup senang dan mewah terkadang diri ini bongkak dengan kesenangan yang sudah dikurnai ilahi membuat kita alpa dan leka tentang kesusahan insan yang lain. 

Kampung Chnang. Disitulah, pengalaman aku bakal bermula. Semoga doa kalian sentiasa mengiringi kami. 





Comments

Popular Posts