Wacana Sasterwan Negara ke-14


            Tanggal 2 Oktober merupakan detik-detik bersejarah untuk warga  Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di mana telah berlangsungnya Program Wacana Sasterawan Negara yang ke-14 dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ybhg Dr Siti Zainon Binti Ismail yang merupakan seorang sasterawan  Negara ke-14.

           Program ini bermula pada jam 8.30 pagi namun seawal 7.00 pagi sudah kelihatan pelajar  pelajarbersemangat  berkumpul di hadapan dewan Za'ba, FBMK  untuk menyambut kedatangan tetamu kehormat tersebut.  Melalui program ini, pelbagai perkogsian yang telah diberikan kepada para pelajar dalam menanam minat dan memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang penghasilan sebuah Karya kreatif. Program seperti ini sememangnya sangat membantu untuk menyemarakkan dan menanam sikap cinta dan sayang terhadap jiwa sastera di kalangan pelajar. 

           Menurutnya dalam sesebuah penulisan karya sastera beberapa elemen perlu dititiberatkan. Antaranya ialah penggunaan metafora dan kiasan untuk menjadikan sesebuah penulisan itu lebih kreatif  dan menurutnya juga penulisan yang baik adalah penulisan yang diinspirasikan oleh pengalaman hidup.  Berikutan itu, kebanyakan karya beliau banyak dihasilkan melalui pengalaman hidup nya  dari beliau kecil hingga dewasa. Melalui penerangan beliau, penulisan- penulisan yang telah beliau hasilkan kebanyakan nya adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang telah beliau olahkan menjadi penulisan dan beliau turut juga berkongsi cara-cara untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik iaitu degan cara menggunakan kata kata yang indah dan berpuitis kerana ianya akan menjadikan sesuatu penulisan itu lebih menarik.

          Dengan adanya  program seperti ini telah membantu pelajar terutama dalam subjek penglahiran Bakat Kreatif untuk mereka mengaplikasikan  dalam penulisan yang ingin dihasilkan dalam kerja kursus pada semester ini. 


   Semoga semangat cinta pelajar kepada Sastera tidak akan luput selamanya,terpahat dalam jiwa anak melayu sejati.

                      
              








Comments

Popular Posts