Perjalanan sang penimba ilmu :-)
haii assalamualaikum semua π
Untuk entri kali ini menceritakan tentang, pengalamanku setelah sebulan di UPM. Minggu kedua yang agak memenatkan untuk pelajar tahun pertama. pada minggu ini pelajar pelajar sudah mula terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, pihak UPM banyak menganjurkan program kokurikulum untuk para pelajar bagi membolehkan mereka sentiasa aktif bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga aktiviti luar kuliah.
Pada minggu itu, pihak universiti telah menganjurkan program ZAFINA iaitu program senam robik yang mempunyai unsur zapin di dalamnya. Program ini telah berjaya memecahkan rekod penyertaan seramai 6728 orang pada hari tersebut. Hal ini telah membolehkan UPM berjaya tersenarai dalam pemecah rekod penyertaan dalam malaysian book of record (MBOR). Program seperti ini telah berjaya menjulang nama Universiti putra Malaysia. Program ini juga dianjurkan adalah untuk memastikan kesihatan pelajar terjamin dan pelajar UPM aktif dalam bidang kokurilulum selain daripada pebelajaran kuliah. Program ini juga melibatkan semua warga UPM termasuklah kakitangan dan organisasi tertinggi UPM dan semua mahasiswa UPM. Hal ini membolehkan kami para pelajar tahun pertama untuk mengadakan proses suai kenal dengan senior-senior kami. Pengalaman dalam program ini amat menyeronokkan kerana kami dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi pelajar pelajar lain yang berlainan kolej dan pengajian.
Seterusnya, dalam bulan pertama ini juga, telah diadakan satu pertandingan antara kolej iaitu malam tunas budaya. Program ini adalah program khas untuk mencari bakat terpendam dari segi nyanyian dan tarian di kalangan pelajar tahun satu. Penglibatan mereka dalam program ini telah membolehkan pihak universiti mencari bakat bakat terpendam di kalangan pelajar dan digilap untuk tidak membazirkan bakat yang mereka miliki. Para pelajar yang terlibat dengan malam tunas budaya bersugguh berlatih setiap hari bersengkang mata untuk memastikan mereka melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu.
Bagi mereka yang tidak berminat untuk menyertai MTB, seperti saya,saya lebih kepada untuk mencuba melibatkan diri di bawah SUKOL iaitu perbarisan.
Pada minggu itu, sesi kuliah sudah bermula. Tetapi masih kami luangkan untuk latihan di malam hari bagi persediaan untuk hari pertandingan. Melalui penyertaan ini, membolehkan saya lebih memperoleh lebih ramai kawan baru dan membolehkan kami para pelajar mengumpulkan merit untuk tinggal di kolej. Ini merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan di alam universiti dan sangat rugi jika peluang ini disia-siakan begitu sahaja.
Perbarisan SUKOL
Malam tunas budaya
sekian, itu sahaja nukilan untuk kali iniπ
Comments
Post a Comment