Kembara jelapang padi terakhir ami


Tahun ini sudah genap setahun pemergian ami meninggalkan kami. Terimbau kembali sangat gelak tawanya yang menyerikan hari hari kami. usiknya, nasihatnya masih terngiang ngiang di telinga seolah dia masih disini. Untuk entri ku kalini tidaklah sehebat kembara sahabat yang lain hingga ke pelusuk dunia  tetapi percutian ini cukup bermakna buat kami sekeluarga. Seperti sudah takdir-Nya, menetapkan telah mengetahui apa yang akan berlaku,sempat untuk kami bersua meluangkan masa buat terakhir kalinya.

Seawal pagi melabuh,kami bergegas bertolak ke negeri jelapang padi, iaitu Kedah darul aman.

Percutian ini sangat memberi makna kepada aku juga sedarah dagingku yang lain. Kerana kami menginap selama 3 hari 2 malam di sebuah homestay dua tingkat betul -betul menghadap dataran sawah padi yang menghijau. Tenang. Setiap pagi terasa amat bermakna dengan melihat kehijauan dan keindahan sawah padi yang terbentang.

Kami sekeluarga berkesempatan  memancing di parit di kawasan sawah padi dan memperoleh beberapa ekor ikan puyu untuk kami membawa pulang.  Itulah kali pertamannya aku memegang batang joran yang diperbuat dari kayu dan berumpan kan cacing. Walaupun hanya pengalaman yang mungkin tidak menarik bagi anda semua tetapi ia cukup bermakna kerana hanya pada waktu ini aku bersama ami untuk terkahir kalinya.

Suasana di sana tenang, angin sepoi bahasa melalui celahan dedaun rendang,terkadang terlihat jutaan pokok padi melambai-lambai ditiup angin,sungguh menenangkan. Hilang segala kekusutan dan tekanan akan kehidupan di ibu kota yang hirup pikuk dengan bunyian yang entah dari mana sumbernya. Sepertinya aku ingin terus tinggal di sini selamanya. 

Dan pada waktu ini jugalah terakhir kalinya aku berbual rancak,berkongsi pengalaman, dan mendengar nasihatnya. Sesungguhnya takdir tuhan itu tepat pada masanya. DIA telah mentakdirkan aku untuk bersua dan meluangkan masa terakhir bersamanya.

Seusai pulang dari percutian ini,ami semakin jatuh sakit,panyakit yang sudah sedia ada dalam badannya bertambah teruk dan keadaannya bertambah buruk. Setiap hari keluar masuk dari hospital mendapatkan rawatan. Namun, perancangan tuhan itu memang yang terbaik, dengan sakit yang ditampung itu peritnya tiada tertahan, DIA  mengambilnya dari kami. Rehatlah.. ami di sana.. tenanglah.. 


Tahun ini, terasa berbeza tanpanya kerana setiap tahun pastinya kami akan berkumpul bersama melancong namun, pemergiannya sudah merubah segalanya. Hari ini sudah tidak seperti selalu. 


Comments

Popular Posts