Ruji Keluarga Tuan Syed

Abah, anak kelahiran Pahang Darul Makmur, dibesarkan dengan ruji harian yang standard masyarakat melayu di Pahang.  Begitu juga denganku walaupun anak kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah dibesarkan sepenuhnya di Negeri Pahang yang tercinta ini menjadikan lidah ku sudah terbiasa dengan masakan negeri Pahang. Umi, merupakan anak kelahiran Negeri Johor, sudah tentunya dulu tidak mengetahui masakan cara Negeri Pahang, namun setelah berkahwin sedikit sebanyak umi mempelajari secara turun temurun resepi daripada bonda mertuanya. 

Antara ruji harian yang menjadi kesukaan kami sekeluarga ialah Ikan Patin masak Tempoyak. Sebut sahaja tentang menu ini sudah pasti kecur air liur terbayangkannya.  Masakan ini terkenal di Derah temerloh kerana di sana kaya dengan penternakan Ikan patin sungai.  Setiap kali, bersinggah di Temerloh kami sering berhenti untuk membeli bekalan ikan Patin yang segar-segar disini.  Tambahan pula, di Daerah Temerloh ini juga kaya dengan restoran ikan patin yang terkenal seperti  Restoran Gobang Maju   dan Restoran Kancil Raja Patin.

Namun, masakan di  restoran yang terkenal  di mana-mana  sahaja tidak mampu untuk menandingi air tangan umi. Bagiku, keenakan masakannya lagsung tidak dapat ditandingi dengan sesiapapun walaupun dia juga hanyalah penuntut ilmu masakan turun-temurun. Ikan Patin Tempoyak air tangan umi belum lagi ku ketemu tandingya. Secukup rasa, segala bahannya dan yang paling utama ialah tempoyak. Tempoyak umi lebih segar membuatnya sendiri berbanding membelinya dan mungkin kerana inilah masakannya enak.

Dan disini saya ingin berkogsikan resepi umi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh :-)


Bahan bahan:

1. Seekor ikan patin bersaiz sederhana
2. 4 cawan air - agak agak kepekatan
3. 2 senduk tempoyak
4. Satu inci kunyit hidup
5. Segenggam cili merah - kepedasan ikut selera masing masing
6. Secekak daun kesum
7. 5 biji belimbing buluh
7. Sedikit garam

Cara-cara

1. Tumbuk cili merah, cili padi, dan kunyit hidup tapi jangan terlalu hancur. Kemudian, masukkan tempoyak dan gabungkan kedua dua bahan tersebut supaya serata.

2. Masukkan  air ke dalam periuk bersama-sama bahan yang sudah ditumbuk sebentar tadi.

3. Seterusnya, masukkan ikan patin yang telah disiang dan dibersihkan ke dalam periuk

4. Setelah air menggelegak, masukkan daun kesum dan belimbing buluh. Masak dalam dua tiga minit dan api sudah
boleh ditutup.

Nota tambahan:

*Setelah masukkan tempoyak jika rasa masih kurang masam boleh masukkan sedikit asam keping

*ikan patin perlu diabsuh dengan air asam supaya tidak hanyir

* Kalau mahukan kuah pekat boleh kurangkan air atau biarkan air mendidih sehingga kuah pekat dan baru masukkan ikan




Ikan Patin  Masak Tempoyak 

Comments

Popular Posts